Selasa, 26 April 2011

lurve



Sebenarnya banyak lagi yg aku nampak dan sering juga berlaku dlm hidup aku. "PERKARA YANg pAling KITA SAYANG ..PALING GILA GILAKAn atau PALING KITA JAGA…selalunya perkara itulah yang akan diambil Allah dari kita. Aku bukan membuat satu kesimpulan..Cuma sekadar renungan utk aku dan juga semua yg lain.

Disini aku faham satu perkara…
KITA TIDAK BOLEH TERLALU TAKSUB DAN TERLALU GHAIRAH dengan sesuatu pekara melebihi taksub dan gairah kita kpd Allah. Jangan lebih ingat pada yang lain lebih dari INGAT kita kepadaNya.

Kita sayangkan anak…sayangkan harta..sayangkan kereta..laptop..sayangkan keluarga atau apa juga yg kita sayang…….jangan sampai rasa sayang itu melebihi sayang dan CINTa kita kepada-Nya…….sesuai dgn kisah Rabiatul Adawiyah bersama seorang wali Allah.

Pada suatu hari, ada seorang wali Allah datang merungut-rungut tentang hal-hal dunia kepada Rabiatul Adawiyah. Lalu Rabiatul Adawiyah menjawab, “Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia..kerana orang yang sering bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut..”

Itulah pengajaran terbaik yang aku dapat sampaikan buat diri aku. Selepas ini..aku tidak mahu terlalu taksub dan cintakan sesuatu itu melebih-lebih. Biarlah seadanya. Nak suka tu boleh...cumanya, jangan terlalu taksub sangat. Sebab, sepatutnya kegilaan dan cinta yg ada ini haruslah kepada Allah. Allahu akhbar!!!

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami….” Al ‘Imran 3:147

Tiada ulasan: