Sabtu, 17 September 2011

CINTA DALAM DIAM






Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone speciaL



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )




Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu






Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )







Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way





“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 

(HR. Al-Hakim)


.The Beauty of Islam.


SYUKRAN JAZILAN




Jumaat, 16 September 2011

LA TAHZAN MIA



macam2 masalah sedang menguasai diri aku sekarang....
semua kene simpan dalam hati....
kene kunci kuat2....
kalau terpecahlah...alamatnye meletup la sistem usus2 dalam badan aku nih..
kelmarin kau nagis mia.... malam tadi 2 trip kau nangis... x penatke.?
aku rase puas bile aku nangis ,  x susahkan sesiapa pun..
yang aku perasan friendlist kat facebook dah 600 orang , 
tapi bila aku keluarkan statement macam ni :

"Ya Allah , Kau kurniakanlah aku seorang manusia yang boleh menjadi sahabat baik aku.... yang boleh pinjamkan telinga,masa,ruang & kata2 untuk aku... tak semua manusia mampu memikul tanggungjawab tersebut... dulu aku ada tapi... sekarang dah takde....."


nak tau ape hasilnye?? - seramai2 kawan kat fb tu... seorang pun no respons ...
sedih gile aku dibuatnye... cum cikgu daniel je yang click butang like tu...
aku rase macam nak delete je semua friend kat fb tu....


yang aku hairan.. bila sesetengah daripada mereka memerlukan aku .. aku sentiasa bersedia untuk mereka.. aku tak mintak dibalas cuma yang aku fikirkan dan rasa... itulah perangai manusia... bila kita tak bersama dengan masalah dia... dia cakap kite ni sombonglah takde semangat setiakawanlah...hei... aku bencilah.. korang bile nak share masalah & kisah sedih korang dengan lapang dada aku terima dan senang hati tanpe rase malu korang datang..... aku terima je... tapi...bile hal yang mengembirakan korang..mak aii mcm lupe daratan... manusia jenis apakah kalian?? marah? memang aku marah...yang lebih pentting aku sangat2 kecewa....


aku ni nak kate baik sangat tu tak lah,, aku rase dah mcm orang bodoh dah...
lepas ni aku x nak dah dengar masalah korang ..sebab korang takde nilai give and take langsung...


BETULA PEPATAH CAKAP;


KAWAN KETAWA SENANG DI CARI,
KAWAN MENANGIS.... HAMPES SEMUA HILANG...


dan aku sebagai manusia percaya...
BUKAN SENANG  NAK CARI KAWAN YANG BOLEH DIPANGGIL SAHABAT...
sangat mengecewakan.....


kepada arwah,,,, aye masih memerlukan kamu.... walaupun yang ade bayang2 kamu...cukuplah untuk berkongsi ape yang sedang aye rasekan sekarang....








Isnin, 12 September 2011

ALALA SEDAPNYE

 bekpes 

+
 =
=

bile kite x sihat..
ni satu makanan wajib perlu ade
nyum nyum...sepatutnye kite makan dengan roti bakar

roti + majerin +(tumbuk bawang putih seulas) + serbuk oregano
(gaulkan bahan diatas)
sapu pada roti dan bakar

nanti cube u oll terai mesti sedap punye
walaupun kite makan tanpa rase
sebab tekak ni dah kehilangan deria rase seketike
jadik makan ape pun sedap jerk 
kik..kik..kik..
itu pun mak uu yang ajar kite buat bende alah tu
ingat susah sesangat rupenye senang bebenor
heeheehee


n



IM FEVER


ee.. kite demam nih... jarang2 dapat demam...
bile dah demam sekali rase nak demam berkali2 pulak..hehehe
kitebukan demam je tau kite batuk pastu kite seseme sekalik tau
kesian kat kite kan ngeh..ngeh..ngeh...
ala tapi takpe kite dah minum air kuat 
hehe air ape tu.??
air peberet kite la
air isotonik REVIVE





ni air peberet kite 

doakan kite cepat sembuh ye
actually mama kite pun x sihat jugak nih
dia pun same mcm kite
tapi dia minum air kosong je hehehe
bile seseme..hingus meleleh
tisu pulak besepah2.... 
yang paling x best bile hingus jadik kahak,, adoi,, masin rasenye tau
wakakakaka ~~ 
ok la kawan2... jaga diri baik2....
jangan demam macam kite
nanti semua keje tak jadi... 
oklah babai