Khamis, 2 Jun 2011

INFINTY DOWNLINE

Actually ku x berape percaya bisnes infinity downline nie,,but keputusan telah dibuat,,,aku harus cuba.... alah Cuma bermodalkan RM20 saje,,,tak kemane pun duit tu,,, yang penting usaha.... selepas usaha..baru boleh bertawakal dan redho kepada Allah.....

Semua itu urusan Tuhan...seperti yg ku katakana,,,kita hanya mampu merancang

Baru2 nie aku ade join satu online bisnes.... under junior KNYS.. FAIZAH AIMAN....

Aku harap sangat semuanya berjalan dengan baik,,,

Aku rase hari2 aku makin suram sekarang nie,,hope yang terbaik untuk aku,,,,,

Kalau dapat untung huyooo bestnyer.. ish aku nie,,baru nak mula ... mullah mengidam yang bukan2.... aigoo apela mia nie kan..hhehhehe...

Eh musykil pulak haku pada diri aku nie...sekarang nie asyik suke berblog2 je,,,,

Mungkin mase aku agak terluang or terlebih terluang nie hehehe..

Ok la stop dulu nak berehat kejap..

tata

SELAMAT PAGI


kedinginan pagi membuatkan lenaku terjaga dari mimpi
<3 <3 <3

Selamat pagi .. sejuknye serta nyamanya udara pagi nie..nak jogging pun kadar kemalasan agak tinggi,,, apalah agaknye org kampung buat sekrang kan ?? menoreh?? Lagi?? Pegi kebuk kelapa sawit?? Lagi... hehehe kupun tak tahu yang pasti bagi kanak2 ini adalah waktu cuti sekolah...

Sekejap lagi nana naik bus dari pudu raya terus direct ke sg. Siput(maybe) or mungkin jugak sam[ai medan gopeng je,,juteru itu pandai2lah naik teksi ke medan kit then naik bus ke sg.siput,,,seperti yg ku lakukan 5 tahun sebelum ini ,,,tapi aku dari terminal one/two seremban,,bukan dari pudu raye tu ..

Nampaknye my bro x balik,,, busy tapi kalau x silap sebab utama dia x balik nak berjimat untuk baiki awek dia tu,,nak kasi upgrade sikit (mobil)...hehehe..ah lantak dialah ade kerete pandai2 ko la nak balik ke x...

Ku pulak menunggu jerk la di kampung nie hehehe....

Petang karang ku akan ke rumah mak lang untuk amik phone achik,,,ku akan gunekan untuk sementara waktu,,sementara phone sony ku akan ku masukkan ke dalam bengkel bagi kaedah siasatan dan pembaik pulihan... okeylah nak sarapan dulu..... tata...

BOSAN


Ayah takde..now tinggal aku dan mama je berdua,, tadi ayah gerak pegi muktamar pas kat taman melewar,kl .. nana kat kptm cheras besok pagi baru balik,,ami pulak nun jauh di putrajaya..ntah balik ntah tidak,,

Nak update blog pun mcm malas je,,,,x tau kenape....mungkin sebab lapar kot,,aishh ku kene tahan nie...tadi baru pas minum susu SD11 so kene kuat semangat,,beratus2 beli sayang lah kalau takde komitment....

Sabar mia,,sabar,,,,org sabar ade ganjaran...



Rabu, 1 Jun 2011

FREND :)


Bukan mudah untuk menceritakan atau meluahkan sesuatu..

Adakalanya terpaksa berkira dengan diri sendiri samada ingin mengkongsikanya atau tidak pada seseorang yang kita percayai..

Sebelum nie aku memang ade ramai kawan..dan aku suke kawan dengan ramai orang..tapi lama2 aku percaya yang kawan yang ramai pun tak bererti ape2 .. ½ tu hanya mempergunakan aku,,, bila aku baik dia pijak kepala aku...tapi aku. Tak pulak mcm tu rasanye.... tapi takpe demi menjaga persahabatan...diam adelah lebih bermakna.,,kalau tidak makin rosaklah perhubungan tue..

Ada benarnya...bukan semua kawan itu jahat Cuma..sesetengahnya tidak boleh di terima akal akan sikap mereka itu....bila kita bersahabat...biarlah ikhlas...sebab baru dapat pahala...kalau setakat nak gunakan untuk kepentingan peribadi,,buat ape... Apalah salahnya susah senang bersame2...

Ingat lagi ade sorg junior nie...aduhai... nak ikut kepala dia je,, ade satu hari tu dia lapar,,aku baru balik dari kelas... aku tak makan lagi,, actually memang penat sangat mase tu,,dengan tugasan yang menimbun,,,balik pulak sorang2 jalan kaki tengah hari tu... sebelum tu aku pegi tapau makanan untuk perut aku kononye utk launch... tibe2 dia ajak aku g kedai...dia lapar,,, aduhai malasnyer,,,memang penat kot mase tue...lepas tu aku terus je sua nasi bungkus kat tangan aku..sekali dgn air sirap mase tue... aku cakap la...nah amik lah,,akak dah makan tadi,,,, tak rase lapar lagi...makan lah takpe..akak tau kamu lapar.... dia pun amik jelah,, hehehe..

Tapi takpe...aku sendiri tak boleh tengok kwn2 aku lapar,,sebab aku tau mcm mane rase lapar tue......

Mcm2 lagi lah kalau nak cite..tapi sekarang nie org2 yang aku sayang dan aku percayai semuanya dah takde....hilang sekelip mate..,pada siapa lagi aku nak percayai.?? Untuk aku luahkan sesuatu,,untuk aku kongsikan suka duka..???

Takpe..maybe one day aku bisa bertemu dengan seseorang itu..... insyaAllah...

Mia~~

Kebaikan yang kamu buat hari ini...

Akan ade hikmahnya....

Cuma Allah saje yang mengetahui..

Kerana dia yang Maha Mengetahui..

Apa yang dijanjikan untuk hambaNya...

Yang penting kite kene ikhlas & redho...

Amin..



NGANTUKNYER ;(

arghh..

rasenye masih terlalu awal untk bangun pagi nie...

tapi rasenye malam tadi dah tidur awal..

cepat2 jam 10.15 pm aku dah masuk bilik tidur..

ingatkan nak layan lagu kejap....

tapi alih2 mate ni tutup awal pulak....

hirup udara pagi yang segar....

nyamanyer.......

nafas pun rase sejuk sejan je,,,,

tibe2 aku teringat pada diet ku,,,

kene bersenam nie,,,,

alamak,,tapi......... kaki ku injured sikit

mcm mane nak skipping 1/2 jam nie ?? aigooo .. .. ..

nak tak nak,,pagi ni kene berbasik dalam rumah jelah huhu

ok jugak kan,,??

daripada x buat ape langsung......

the good is usaha yang berterusan,,

kala x dapat kurus pun x pe..

janji kesihatan perlu dijaga.....

k la bye bye..ku nak bersenam dulu,,,

MOOD


My Mood

Aku tak selalu baik dan juga tak selalu benar, Sekali waktu aku begitu baik dan juga kadang sangat bodoh. Aku hanya manusia biasa seperti yang lain, punya rasa yang kadang-kadang tidak bisa diterima akal. Aku bersyukur bisa mengalami ini semua, perjalanan jiwa menemukan jati diri, aku senang bisa punya rasa syukur atas nikmat yng Tuhan berikan kepadaku. Aku sadari semakin aku bersyukur semakin banyak kebaikan yang kutemukan. Aku temukan, tidak semua mesti difikirkan secara logika, aku hanya bersyukur dan bermimpi setinggi langit… tanpa rasa takut, khawatir atau cemas. Kulakukan segala sesuatu dengan tulus menggunakan persaanku, kujalani cobaan dengan sabar dengan perasaanku, ku bersyukur yang semua terjadi membuat aku lebih kuat dan lebih dewasa.


” Aku mencintai hidupku apa adanya”

Bagaimana untuk mengawal perasaan aku taktala marah....taktala sedih.?? Aku sendiri bingung atas apa jua perubahan dalam perjalanan kehidupan... bulan lepas macam2 perasaan wujud dalam mainan hidup aku.. kebanyakkanya di awalnya sangat gembira bila pertengahan bulan mula berduka lara dihujung pula..marah tak tentu hala...

Sebabtu Allah jadikan manusia itu berlainan namum sempurna kerana setiap manusia itu miliki perasaan...org gila pun ade [erasaan..mungkin lebih indah daripada manusia normal..

Mia...(diri ku sendiri) jangan terlalu over ikut instint hati bila emosi menguasai diri...)

Perasaan itu bisa membuatkan seseorang itu berubah apabila akal telah dikuasai oleh naluri hati....

The best is...

Smile always......

And happy 4 ever n no everlasting..

SUSU SD 11




Bila mata aku memandang cermin.,

Ku mula rase resaha gelisah

Takutnyer,,badanku mula naik,,,

Oh no !

Aku tidak akan biarkan ia berterusan...

Dengan perlaburan sebanyak RM432..

Pembaharuan mesti dilaksanakan....

I do not want the situation continues like this ...

I promised myself that I will focus my diet program...

Bukan mudah nak ikur schedule pemakanan nie

Tapi kene ade spirit dari dalam diri...

Yeah!!! I will do it 4 my body..

Susah tau jadi org gemuk or chubby nie...

Aku ni bukan le gemuk sgt pun cume terase2 je diri ni gemuk gedempol...

So why not aku cube buat sesuatu pada diri aku kan>>

Ape lagi untuk org tersayang?? For my future husband.? Why not??

Susu Soya SD11

KELEBIHAN Susu Soya SDII


1. Menurunkan berat badan dengan pantas dan sangat memberangsangkan (SDII memegang rekod menurunkan berat badan paling pantas di dunia; 36kg sebulan!)- dengan teratur dan tidak drastik..


2. Membina keyakinan diri.


3. Meningkatkan nilai / harga diri.


4. Mengenyangkan. Tidak perlu berlapar!( mmg sah!- sbb walaupun makan, berat tetap turun. Mudah bukan? Siapa yang tahan untuk berlapar?)


5. Mampu. Tidak terlalu mahal.


6. Membenarkan pengambilnya untuk makan tiga kali sehari! ( BENAR!)


7. Badan tidak menggelebeh walaupun selepas penurunan berat yang banyak!( Sebab penurunan tidak drastik)


8. Kulit tidak kendur.


9. Peningkatan tenaga.


10. Pengekalan berat badan yang ideal.


11. Berfungsi selari dengan mekanisma semulajadi badan kerana ia adalah food supplement, bukan food replacement!

‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’ (Ketogenic Diet)


Konsep Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci (Dr George Cahill dan Dr George Blackburn).


Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut.

CIRI-CIRI PELAN DIET YANG BAIK (SLIM DIETII)


PROTEIN YANG MENCUKUPI

Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.


Contoh Keperluan Protein Badan:


Jika berat badan anda ialah 80kg, sedangkan berat badan ideal anda ialah 60kg, maka anda perlukan 60gram protein setiap hari. Dalam program diet SDII, sukatan SDII yang diambil mengikut arahan mengandungi 40gram protein. Oleh itu, anda memerlukan 20gram protein lagi dalam diet harian anda!

ESSENTIAL FATTY ACID (EFA) YANG MENCUKUPI

EFA = Omega 3 & Omega-6


EFA adalah penting utk memastikan badan dapat menyimpan vitamin-vitamin yang mampu menyerap lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.


MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI

Vitamin dan mineral adalah merupakan kandungan utama SDII. Empat hidangan SDII sehari cukup untuk memastikan badan menerima sekurang-kurangnya amaun minimum vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan badan.

AIR YANG MENCUKUPI

Minimum air diperlukan badan = 2 liter sehari.


Apabila seseorang diet, akan berlaku perubahan struktur dalam tubuh. Gangguan akan berlaku terhadap jaringan lemak sedia ada dalam tubuh yang mana lemak-lemak ini perlu dinyahkan dari tubuh tanpa mengakibatkan fungsi hati dan buah pinggang terganggu dengan aktiviti melampau. Untuk itu, potassium diperlukan utk melindungi fungsi buah pinggang (1 – 2 gram sehari).


Cadangan makanan diambil bersama Slim Diet II untuk menangani perkara ini; pengambilan salad yang mengandungi 2 mangkuk daun salad (lettuce), 1 cawan timun, 1 tangkai seleri, ½ buah tomato sederhana dan cuka epal. Salad ini tinggi kandungan potassium.


FIBER YANG MENCUKUPI

Adalah amat penting untuk buang air besar setiap hari. Salad yang diambil setiap hari juga turut membantu memastikan perkara ini. Umumnya, manusia kekurangan fiber boleh larut (soluble fibre) dalam diet harian mereka. Pengambilan fiber dalam pelan diet SDII adalah penting. Walaubagaimana pun, pengambilan buah-buahan adalah termasuk dalam makanan yang harus dikurangkan/dielakkan sewaktu mengamalkan SDII kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi.

SENAMAN YANG MENCUKUPI

Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.

KARBOHIDRAT YANG TERKAWAL

Makanlah makanan yang ada dalam senarai yang dicadangkan/dibenarkan sahaja. Sesungguhnya mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah suatu cabaran yang amat berat.

Terdapat 2 jenis karbohidrat;


1. Karbohidrat yang biasanya terkandung dalam makanan berwarna putih, bergula dan berkanji seperti nasi, gandum, roti, pasta, gula dan buah-buahan (Buah termasuk dalam kategori ini kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi). Bahan-bahan ini dimetabolismakan oleh badan dengan sangat mudah yang mana akhirnya mengekalkan lemak.


2. Karbohidrat kompleks yang mana badan memetabolismakannya dalam peringkat yang sama seperti pembakaran tenaga. Contohnya sayuran hijau. Oleh itu, sebagai hidangan harian utama sewaktu mengambil SDII, 5 cawan sayuran hijau yang dimasak mengikut suka dengan tambahan protein adalah sangat mencukupi! ( tambahan protein di sini bermaksud seperti; tambah ayam ke,udang ke apa sahaja..)

MIRA.... KO KENE DIET.....!! KO WAJIB !! KO PERLU !!!

AJA! AJA ! FIGHTING !!!!






Selasa, 31 Mei 2011

REUNION ??


18-19 JUN 20011

X sabarnye nak tunggu tarikh tu...REUNION .. reunion kali nie adelah Geng2 G6/H6 - 2005/2006,,dapat jumpe balik kawan2 lame,,kalau tak silap dah 5 tahun hehehe...memang tak sabar gile nak jumpe diorang nak peluk2 cium diorang nie hehehe.. dulu mcm2 perkara kisah suke duke di kongsi bersama... Sape tak kenal dorm yang paling banyak koleksi jawatan hehehe...paling mendapat kepercayaan guru2..wahh bestnyer..nak cerita balik tu tak tau nak cerita dah,,, memori lama akan diungkap semula dalam beberapa minggu je lagi

Sekarang nie susah sangat nak jumpe coz masing2 sibuk dengan jadual masing2 so nak confirm tarikh tu memang susah la,,harap2 aku nie dapat join la .... apepun,kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan...sekali lagi harap semuanya berjalan dengan baik,,,

Mase hari tu aku ingat nak masak speggethi je..senang dan ringkas..nak bawak pun mudah je tapi aku x confirmla samada nak bawak bahan masakan je or nak terus masak dari rumah,,hehehe confiuse nak fikir,,,,,,,,, takpun ku buat nasi himpit je,,,senang jugak,,aik,,pelik je,,, bukan raye pun huahuahua,,,,,,,,

Apepun,, aku harap pertemuan kali ini bukan pertemuan yang terakhir..insyaAllah akan ade pertemuan yang seterusnya...yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu datang dari diri kita sendiri ,,Amin,,,




UMRAH MAK TEH

Baru2 nie aku dan keluarga semua berkumpul di rumah makteh baik di belah makteh or pakteh semuanya ade,,,duduk berkumpul bersama2...ini kerana ade sedikit kenduri doa selamat yg diadakan sempena keberangkatan makteh n ibunya ke kota makkah untuk menunaikan umrah...

Harap semuanya itu berjalan dengan lancer walaupun keadaan kesihatannya agak mengusarkan hati kami semua..Apapun doa yang terbaik akan kami berikan untuk mereka berdua selamat pergi dan selamat kembali insyaAllah...

Buatlah ibadat yan terbaik disisi Allah ..agar doa kalian disana akan dimakbulkan Allah secepat mungkin,,Aminnn.. Yang penting kesihatan mereka,,serta motivasi yg baik perlu ade dalam diri,,yakin diri untuk menyelesaikan ibadah umrah yang akan dijalankan....

Walauapepun kuatkan semangat dan terus berjuang untuk hodup demi suami,,anak2 dan keluarga...kerana kami semua disini amat menyayangi kalian....