Khamis, 29 September 2011

JODOH ITU RAHSIA ALLAH



“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”

Jodoh itu rahasia Allah . Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah  yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.
Namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kuderat yang telah Allah  kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakkal kepada Allah  kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah  yang menentukan pengakhirannya.
Bukan Allah  tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah  tidak tahu bertapa perit dan derita yang kita tanggung. Bukan Allah  tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha mencari yang terbaik.
Sesungguhnya Allah  Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah  tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah  telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.

Hanya Allah  yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah  kerana sesungguhnya hanya Allah  yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah . Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah . Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah  itu benar.

-------------------------------------
sebenarnye aku cube sampaikan pada seseorang, eh bukan seseorang tapi 2 orang termasuk diri ku sendiri
agar dapat difahami dan hayati....
bukan ape.. bila mana org berkongsi rasa dengan kite
aku rase aku perlu lakukan sesuatu walupun kadang2 mungkin tak napak nilainye... sebab ape aku lakukan ini..sebab au sayang mereka...
kepada kalian berdua... termasuk diri aku sendiri.... 
jangan risau.... kalau perkara baik ingin kita lakukan...
Allah itu sentiasa bersama dengan kita
ye mungkin kite risau sebab dikalangan kite ade yang dah 
di risik , bertunang , kahwin , beranak pinak...
jangan cemburu - - - > tapi haku cemburu kik...kik..kik..
takpe2 dunt werry... insyaAllah Allah janjikan yang terbaik buat kita okeh !

p/s :- kpd dik j@....
      >>>> sebaiknye kamu fikirkan semula..... pertimbangkan.... sepertimana yang akk dah cube bagi pendapat akk pada kamu.... harap kamu tak marah akk.... akk cume beri apa yang terbaik untuk kamu... <3 <3 <3 dan akk harapkan kamu membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kamu....
mengalah tak bererti kalah... mungkin Allah ciptakan kamu dengan seseorang yang lebih baik untuk kamu... kalau diberi pilihan lakukan ---> SOLAT ISTIKHARAH...... insyaAllah ada jawapanye..... 



         






Selasa, 27 September 2011

HEARTSTRING


this song make me feel in the air~~ love it!! 
beautifull song !!! saranghae  oppa!!
This song is so related to me!!! The things I can't express now already expresses through this song. SO great!! lol.. and what a beautiful voice he has!! LOVE IT!!
I AM IN LOVE!!!!

TYVM - to http://www.facebook.com/profile.php?id=100000626230655
sebab budak kecik ni lah haku jadik gian melt dengan lagu kat atas tuh hee~~~