Selasa, 18 Disember 2012

ALLAH BERI KITA REZEKI

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku“.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?
Jawab semut:”Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan“.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:”Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah“.
Jawab semut:”Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan 

rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa“.

Isnin, 17 Disember 2012

M.E.L.A.N.G.K.A.H


Assalamualaikum w.b.t

"LEBIH BAIK DIAM , DARIPADA BERKATA-KATA DAN TERUSKAN LANGKAH"

Pejam celik , pejam celik kite dah berada di penghujung tahun 2012. Bila difikirkan semula..apa yang berlaku sepangjang tahun ni , tiada yang masuk dalam fikiran aku pada tahun lepas.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya.

Aku bersyukur sebab aku masih diberikan ruang oleh Allah untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Walaupun sepanjang tahun ini , aku banyak bermain dengan emosi dan dugaan hidup yang di luar jangkaan aku. Aku tak pasti samada aku mampu teruskan sehingga tahun-tahun akan datang. Aku akui , selagi Allah uji kita bermakna Allah sayang pada kita. Biarlah ujian ini semua membuatkan aku matang dalam meneruskan kehidupan akan datang.

In shaa Allah... aku akan menamatkan zaman anak dara ku sekitar tahun 2013 akan datang.... Aku harap sangat perkara2 yang lepas tidak akan menganggu atau menghantui semula dalam hidup aku selepas ni, Aku manusia biasa... kadang2 lemah nak tanggung saki baki perasaan yang marah benci dendam dengan orang. Tapi nak buat mcm mana kan.. di mata orang aku selalu salah... apa yang aku nak , apa yang aku harap semuanya di salah ertikan.. harapnye yang terbaik saja untuk masa2 akan datang. 

Kepada dia , terima kasih banyak-banyak sebab terima aku sehingga sekarang dari 2007 hingga sekarang banyak sangat moment yang wujud antara kita dan orang2 di sekeliling kita. Untuk melangkah setapak lagi ke alam perkahwinan , aku mohon bantu aku untuk jadi yang terbaik.

Aku juga berharap sangat2 agar tahun akan datang muncul perkara2 indah.... dan bukan peristiwa pahit untuk aku lalui.... sekali lagi.... kita hanya mampu rancang namun semuanya ditentukan oleh yang Maha Berkuasa.

.............

Dari segi kerjaya , nampaknya aku jerumuskan diri aku dalam bidang guaman. Rasa macam tak percaya pun ada... tapi itulah hakikatnya.... Harap kerjaya ni membantu aku untuk lebih bersikap profesional dan mampu membina jati diri yang kuat dalam diri aku.

dulu bolehla orang2 tengok perwatakan aku yang naif gitu... tapi sekarang.. naif2 aku... jiwa aku kental tau.. hehehe Boss aku selalu cakap dan pesan pada aku ..

"Mira kita sebagai manusia jangan biar orang buat kita macam orang bodoh . Pertahankan diri jangan sampai orang pijak kepala kita . semuanya melibatkan maruah."

FIGHT FOR YOUR RIGHT MIRA ~!!

ayat tu la yang selalu bigg boss aku selalu keluarkan dalam mulut dia.... memang betul pun kan..kalau di fikirkan semula , sape lagi nak bantu kita, melainkan kite sendiri yang bertindak.

Harapnya aku akan terus kekal disini...dan menimba sebanyak mana ilmu yang boleh aku perolehi.

En. Razak & Kak Ima... thanks sebab banyak curah ilmu pada saya... - sangat hargai kalian.

Ok la... nak sambung keje...sampai sini dulu..
teruskan hidup dengan kekuatan mental dan fiizikal
dunia berputar pada paksinya , berlakulah malam dan siang
begitulah juga berlakunya
kadang2 kita berada di atas & kadang2 kita berada di bawah...
stabilkan diri untuk tempuh ujian yang mendatang,

love u all

wassalam.