Isnin, 17 Disember 2012

M.E.L.A.N.G.K.A.H


Assalamualaikum w.b.t

"LEBIH BAIK DIAM , DARIPADA BERKATA-KATA DAN TERUSKAN LANGKAH"

Pejam celik , pejam celik kite dah berada di penghujung tahun 2012. Bila difikirkan semula..apa yang berlaku sepangjang tahun ni , tiada yang masuk dalam fikiran aku pada tahun lepas.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya.

Aku bersyukur sebab aku masih diberikan ruang oleh Allah untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Walaupun sepanjang tahun ini , aku banyak bermain dengan emosi dan dugaan hidup yang di luar jangkaan aku. Aku tak pasti samada aku mampu teruskan sehingga tahun-tahun akan datang. Aku akui , selagi Allah uji kita bermakna Allah sayang pada kita. Biarlah ujian ini semua membuatkan aku matang dalam meneruskan kehidupan akan datang.

In shaa Allah... aku akan menamatkan zaman anak dara ku sekitar tahun 2013 akan datang.... Aku harap sangat perkara2 yang lepas tidak akan menganggu atau menghantui semula dalam hidup aku selepas ni, Aku manusia biasa... kadang2 lemah nak tanggung saki baki perasaan yang marah benci dendam dengan orang. Tapi nak buat mcm mana kan.. di mata orang aku selalu salah... apa yang aku nak , apa yang aku harap semuanya di salah ertikan.. harapnye yang terbaik saja untuk masa2 akan datang. 

Kepada dia , terima kasih banyak-banyak sebab terima aku sehingga sekarang dari 2007 hingga sekarang banyak sangat moment yang wujud antara kita dan orang2 di sekeliling kita. Untuk melangkah setapak lagi ke alam perkahwinan , aku mohon bantu aku untuk jadi yang terbaik.

Aku juga berharap sangat2 agar tahun akan datang muncul perkara2 indah.... dan bukan peristiwa pahit untuk aku lalui.... sekali lagi.... kita hanya mampu rancang namun semuanya ditentukan oleh yang Maha Berkuasa.

.............

Dari segi kerjaya , nampaknya aku jerumuskan diri aku dalam bidang guaman. Rasa macam tak percaya pun ada... tapi itulah hakikatnya.... Harap kerjaya ni membantu aku untuk lebih bersikap profesional dan mampu membina jati diri yang kuat dalam diri aku.

dulu bolehla orang2 tengok perwatakan aku yang naif gitu... tapi sekarang.. naif2 aku... jiwa aku kental tau.. hehehe Boss aku selalu cakap dan pesan pada aku ..

"Mira kita sebagai manusia jangan biar orang buat kita macam orang bodoh . Pertahankan diri jangan sampai orang pijak kepala kita . semuanya melibatkan maruah."

FIGHT FOR YOUR RIGHT MIRA ~!!

ayat tu la yang selalu bigg boss aku selalu keluarkan dalam mulut dia.... memang betul pun kan..kalau di fikirkan semula , sape lagi nak bantu kita, melainkan kite sendiri yang bertindak.

Harapnya aku akan terus kekal disini...dan menimba sebanyak mana ilmu yang boleh aku perolehi.

En. Razak & Kak Ima... thanks sebab banyak curah ilmu pada saya... - sangat hargai kalian.

Ok la... nak sambung keje...sampai sini dulu..
teruskan hidup dengan kekuatan mental dan fiizikal
dunia berputar pada paksinya , berlakulah malam dan siang
begitulah juga berlakunya
kadang2 kita berada di atas & kadang2 kita berada di bawah...
stabilkan diri untuk tempuh ujian yang mendatang,

love u all

wassalam.

Tiada ulasan: