“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Jodoh itu
rahasia Allah . Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu
misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran
yang amat terbatas.
Namun itu tidak
bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas
ikhtiar dan kuderat yang telah Allah
kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di
samping bertawakkal kepada Allah kerana
sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan pengakhirannya.
Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah
malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah
tidak tahu bertapa perit dan derita yang kita tanggung. Bukan Allah tidak tahu bertapa bersungguhnya kita
berusaha mencari yang terbaik.
Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa
Allah tidak akan menguji seseorang itu
melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji kita dengan merasai kekecewaan
namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.
Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada
Allah kerana sesungguhnya hanya
Allah yang tahu apa yang terbaik untuk
sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat
rahmat dari Allah . Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia
dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika
sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari
pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah . Ingatlah
bahawa sesungguhnya janji Allah itu
benar.
-------------------------------------
sebenarnye aku cube sampaikan pada seseorang, eh bukan seseorang tapi 2 orang termasuk diri ku sendiri
agar dapat difahami dan hayati....
bukan ape.. bila mana org berkongsi rasa dengan kite
aku rase aku perlu lakukan sesuatu walupun kadang2 mungkin tak napak nilainye... sebab ape aku lakukan ini..sebab au sayang mereka...
kepada kalian berdua... termasuk diri aku sendiri....
jangan risau.... kalau perkara baik ingin kita lakukan...
Allah itu sentiasa bersama dengan kita
ye mungkin kite risau sebab dikalangan kite ade yang dah
di risik , bertunang , kahwin , beranak pinak...
jangan cemburu - - - > tapi haku cemburu kik...kik..kik..
takpe2 dunt werry... insyaAllah Allah janjikan yang terbaik buat kita okeh !
p/s :- kpd dik j@....
>>>> sebaiknye kamu fikirkan semula..... pertimbangkan.... sepertimana yang akk dah cube bagi pendapat akk pada kamu.... harap kamu tak marah akk.... akk cume beri apa yang terbaik untuk kamu... <3 <3 <3 dan akk harapkan kamu membuat pilihan yang terbaik dalam hidup kamu....
mengalah tak bererti kalah... mungkin Allah ciptakan kamu dengan seseorang yang lebih baik untuk kamu... kalau diberi pilihan lakukan ---> SOLAT ISTIKHARAH...... insyaAllah ada jawapanye.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan