Ahad, 3 Julai 2011

HATI




SEKALI LAGI…PERASAAN ITU MUNCUL…




Aku tak suke bilamana perasaan aku bercampur baur…




Macam2 aku fikir… lebih baik aku mendiamkan diri atau terus kedepan…




Aku takut perkara lepas berulang kembali,,,dan aku tak nak tempat tersebut




Menjadikan aku rebah untuk kali kedua…




Rebah aku dengan insan tersebut membuatkan aku sangat takut untuk ..




Mewujudkan seseorang yang aku cintai mahupun sayangi dalam diamku…




Tapi ia agak membahagiakan bila insan tersebut bersangka baik dengan aku,,




Aku x mintak dia untuk cintai aku,,cukuplah terima aku sebagai seorang yang dia kenali,,,



Aku memang tak dapat lupakan perkara 2 tahun yang lalu

Membuatkan aku rase bersalah dan menyesal seumur hidup aku..

Seorang lelaki yang baik sangat adik kepada mentor aku

YaAllah betapa baiknya dia,,bukan pada ku saja,,tapi pada orang lain….

Kebaikan dia tak mintak balasan apa2…. Dia begitu menghormati aku…sangat menghormati.
Apa yang aku nak dalam gurauan cuba dia penuhi..



Pertama kali aku jumpe dia, hati aku dah terpaut pada dia,,,, Tapi aku pendamkan demi menjaga perasaan orang lain,,


Orang2 di sekeliling aku,,,,,,banyak hati yang perlu di jaga…



  1. Hantar makanan aku dalam hujan motor dia jatuh , , masakan tu dia masak sendiri


  2. Cube dapatkan aku vcd2 yg aku nak yang berapa puluh juta pun aku tak tau


  3. Selalu tanye khabar aku,,,makan minum aku….


  4. Sakit pening aku semua dia tau…


  5. Aku sedih aku marah semua dia tahu – tanpa perlu aku beritahu…


  6. Bila aku butuh sesuatu….dia datang dengan sendiri tanpa aku beritahu…..


  7. Setiap kali dia ajak makan mesti dia bawak kakak dia (mentor) aku bagi mengelakan darpada fitnah


  8. Setiap kali dia balik Sarawak mesti ape yg aku nak dia penuhi……




  9. Kata2 pesanan dia aku simpan dalam diari aku…







    Mcm2 lagi,, tak terkata aku nak letakan kat sini…mungkin nampak sikit tapi setiap daripada perbuatan dia Sangat2 aku prihatin dan ambik berat….




    2 hari sebelum aku kehilangan dia ,,, dia kol aku tengah malam dalam 2-3 jam mcm tu…mcm2 nasihat dia pesan pada aku…




    Setiap kate2 dia aku sematkan dalam hati…. Sampai aku tak mampu nak tahan,,,aku bg kawa baik aku dengar,,,Ya Allah betapa indahnya setiap bait kata2 yang dia sampaikan pada aku,,,




    Sempat dia tanye aku..sebelum tu dia baru terjaga dari tidur


    "aye ada tak sedikit perasaan terhadap yan?"
    Aku tak mampu nak jawab soalan tu…,,
    Aku suruh dia pergi tidur,, aku cuba lari dari perasaan itu..Dia terus berkata " yan …..xxxxxxxxxxxxx"
    Lepas tu dia letak ganggang telefon…
    Lusanya… aku dengar berita yang sangat mengejutkan…
    Dia dah meninggal….meninggalkan dunia ini….meninggalkan aku…
    Mase tu first day aku nak paktikal nasib baik maklong bagi aku cuti,,,
    Aku seorang yang looser ketika itu….
    Aku hilang tempat kasih sayang…selain keluarga…..Aku menyesal sebab tak cakap..aku pun cintakan dia..
    2tahun aku tunggu…

    2 tahun aku pendam perasaan aku,,

Aku berjanji aku akan melawat kubur dia di Sarawak jika diizinkan ALLAH.. Aku harap dia tak lupakan aku…… Kakak dia bg aku cd gambar2 arwah,,,,


Arwah meninggal sebab eksiden dengan lori…lepastu dengan kereta… Arwah naik moto…motor dia tak musnah apepun Cuma side mirror je patah…
Cermin mata arwah pun masih elok,,,,
Darah pun x de…..
Arwah meninggal dia senyum,,,tapi aku tak sempat tengok dia….. jjauh…..Menyesalnya…….. Sampai hari nie sebelum idur aku selalu bayangkan yang aku tengok dia dari jauhhhhh..Stop dulu….wasalam

1 ulasan:

Unknown berkata...

mia... spe laki 2?