Sabtu, 24 September 2011

NIKAHI GADIS TIADA DARA



Assalamualaikum…
Heee… dah lame tak hapdet belog
aku baru lepas bace artikel mengenai tajuk entry kat atas tuh.

APAKAH HUKUMNYA MENIKAHI GADIS YANG TELAH DARA SEBAGAI ISTERI?

rupenye ade macam2 pandangan dalam perkara tersebut...

contoh pandangan Imam Ahmad dan al-syafii ---
sekiranya gadis itu tiada dara samada halal/haram
ia di anggap JANDA....

sampai macam tu sekali kan status diberikan... tapi kalau secara halalnya tak kisahlah , cube kalau secara haramnye...mesti kisah kan.??

betul ke ada orang cakap lelaki zaman sekarang tak kisah kalau bakal isteri/suri dalam hidup mereka nanti seorang gadis yang telah tiada dara.??? entahla aku pun tak tahu nak cakap.... tapi mungkin sebab atas dasar kasih sayang seorang lelaki.... mereka tak kisah semua itu.... tapi elok jugak kan,, kalau seorang lelaki itu sanggup menikahi seorang perempuang yang dah tak virgin ni..sebab mane tau lelaki ni boleh bimbing perempuan/isteri tersebut kearah yang lebih baik... tapi tak semua lelaki tu teruna  jugak kan.?? hee aku ni mcm tau2 je bab bende ni...ala umur aku dah 22, so kene amik tau... kik..kik..kik...

takpelah teruna ke dara ke...ape2 jelah yang penting kalau dah sampai seru .. KAWIN...jangan tunggu2 dah...perkara baik ni biasanya Allah permudahkan urusannya.... insyaAllah.....

eh mate cepatlah ngantuk... ee geramnye...
tata



Isnin, 19 September 2011

NYAHAKTIFKAN FACEBOOK


tadi , lepas aku tulis entry kat bawah
terus aku terfikir , nak delete akaun fb
lepas satu, satu masalah yang datang
hadoii rungsinglah kepala dibuatnye..
-----
sampai bila harus hati aku ni terluka haa.??
adoi jangan la korang2 menyibuk hal aku..
ape yang ade tu bace je lah.. 
kalau nak komen pun direct je kat wall
tak perlu nak pssst ...pssst kat sesiapa...
aku x suke tau....
haa... posisi aku sekarang same seperti diatas
duduk macam tu memikirkan ape perlu aku lakukan sekarang

dah la..lupekan ape yang sedang berlaku ke atas diri aku..
semalam aku duduk satu meja dengan makcik ni
makcik ni dan sekeluarganya sangat baik dengan family aku..baik sangat
dia cerita yang sekarang ni anak2 dia ajak duduk  dekat dengaan diorang means anak2 diorang nak bagi rumah kat diorang coz rumah yang makcik tu duduk sekarang adelah rumah sedare mereka, jadi anak2 risau kalau satu hari nanti tuan rumah datang nak tuntut rumah pulak. makcik dan pakcik tak nak anak mereka berkecil hati sebab anak makcik ajak duduk berhampiran dengan diorang , anak pakcik tu pun ajak jugak.. jadi mereka serba salah... takut nanti ada yang berkecil hati... sama macam situasi aku sekarang ni....
 serba salah demi menjaga kedua belah pihak...
tuan rumah tu pulak merangkap tuan tanah tempat maak cik dan pakcik 
duduk sekarang cakap, kalau mereka nak duduk situ terus kena bayar 
CASH RM 50,000
arghhh gila apa.. nak mintak cash kat orang kampung sebanyak itu...
berpada2 la weih,, bayar bulan2 x boleh ke.??
harap2 nanti lepas anak beranak berbincang , dapatlah diorang kate sepakat
...
tapi aku kalau boleh tak nak lah berjauhan dengan diorang sebab
diorang baik sangat dengan keluarga aku tau...
setiap tahun mesti hantar lemang...
hehehe~~ tahun ni 10 batang lemang diorang bagi tau...
memang sedap lemang diaorang, anak pakcik tu, iwan yang masak..
sedap sangat.... aku makan lemang tu saje....
baru2 ni aku tanye , pak man lemang dah habis ke.?? pak man cakap dah habis
tapi tengok esok... pon..pon... haaa aku nampak pak man bawak 2 batang lemang..oh.... dia buat lemang untuk haku...... ohyeahhh ~~!!! time kasih pakman!,, nanti mia buat mee rebus lagik yek !!! hehehe... bukan sebab lemang aku sayang keluarga pakman, tapi ikatan silaturahim yang kuat antara kami..
----
kalaulah aku ni kaye ,  boleh lah aku sediakan tanah dan rumah untuk pakman duduk sebelah rumah aku..... heeee tapi masalahnye aku takde..huhuh~~
yang ade pun tanah2 mak ayah aku...mane boleh pandai2 nak bagi orang hehe..
emm oklah melalut dah aku nih..
saje je nak kongsi cite2 yang berunsurkan kasih sayang
oklah babai




Ahad, 18 September 2011

HATI AKU SAKIT LAGI


sebenarnye kan..
waktu ni, aku sedih sangat tau...mcm2 aku nak luah kat belog nih
tapikan aku rase terlalu peribadi nak ceritakan kat sini...
mane boleh aku simpan, aku simpan lah..bawak sampai mati...
walaupun kekadang aku rase, aku nak jerit kuat2, takut pulakss karang org kampung cop aku gila pulak...
takpelah...sabarr..sabar...maksu dgn mak anjang aku selalu pesan suruh sabar...
maksu cakap sabar tu jihad... Allah pun sayang orang2 yg bersabar... tapi aku rase..
aku ni bukanlah dalam golongan tersebut.... :(

mungkin sesetengah orang fikir aku ini terlalu terdesak,, whateverlah sebab aku tau diorang bukan tau ape2 pasal aku... harapan aku keinginan aku.... kalau boleh dalam hidup ni aku nak aku lah manusia paling bahagia...tapi itu semua tipu je...
dalam kebahagiaan pun pasti ade ujian kan...

aku ni sebenarnye dah terlambat sedar... memberi kebahagiaan kepada orang lain tapi aku sendiri tidak merasa kebahagiaan tersebut.. itu yg sebenarnye...
dan aku lebih senang dengan diri aku sendiri sekarang...aku belajar dari miztiramisuhazel seorang daripada kawan aku kat teknik...aku perlu percaya dengan diri aku sendiri, memikirkan diri sendiri sebelum memikirkan orang lain.pedulik la ape orang nak kate... aku cube untuk pastikan agaar ianya tidak terkesan dalam hidup aku...

yang aku tau aku memang suke nangis..
jadi jaangan pertikaikan,,
dah Allah beri aku kuasa tersebut jadi,, diam ok...
selagi aku mampu senyum,,aku senyum..
nanti bile aku dah tak senyum nanti bermakna hati aku dah kering..

k la sampai sini dulu....
semua yg aku rase aku ngan tuhan je tau...
jadi doakan kehidupan aku kembali normal.
wasalam...


Sabtu, 17 September 2011

CINTA DALAM DIAM






Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone speciaL



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )




Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu






Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )







Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way





“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 

(HR. Al-Hakim)


.The Beauty of Islam.


SYUKRAN JAZILAN




Jumaat, 16 September 2011

LA TAHZAN MIA



macam2 masalah sedang menguasai diri aku sekarang....
semua kene simpan dalam hati....
kene kunci kuat2....
kalau terpecahlah...alamatnye meletup la sistem usus2 dalam badan aku nih..
kelmarin kau nagis mia.... malam tadi 2 trip kau nangis... x penatke.?
aku rase puas bile aku nangis ,  x susahkan sesiapa pun..
yang aku perasan friendlist kat facebook dah 600 orang , 
tapi bila aku keluarkan statement macam ni :

"Ya Allah , Kau kurniakanlah aku seorang manusia yang boleh menjadi sahabat baik aku.... yang boleh pinjamkan telinga,masa,ruang & kata2 untuk aku... tak semua manusia mampu memikul tanggungjawab tersebut... dulu aku ada tapi... sekarang dah takde....."


nak tau ape hasilnye?? - seramai2 kawan kat fb tu... seorang pun no respons ...
sedih gile aku dibuatnye... cum cikgu daniel je yang click butang like tu...
aku rase macam nak delete je semua friend kat fb tu....


yang aku hairan.. bila sesetengah daripada mereka memerlukan aku .. aku sentiasa bersedia untuk mereka.. aku tak mintak dibalas cuma yang aku fikirkan dan rasa... itulah perangai manusia... bila kita tak bersama dengan masalah dia... dia cakap kite ni sombonglah takde semangat setiakawanlah...hei... aku bencilah.. korang bile nak share masalah & kisah sedih korang dengan lapang dada aku terima dan senang hati tanpe rase malu korang datang..... aku terima je... tapi...bile hal yang mengembirakan korang..mak aii mcm lupe daratan... manusia jenis apakah kalian?? marah? memang aku marah...yang lebih pentting aku sangat2 kecewa....


aku ni nak kate baik sangat tu tak lah,, aku rase dah mcm orang bodoh dah...
lepas ni aku x nak dah dengar masalah korang ..sebab korang takde nilai give and take langsung...


BETULA PEPATAH CAKAP;


KAWAN KETAWA SENANG DI CARI,
KAWAN MENANGIS.... HAMPES SEMUA HILANG...


dan aku sebagai manusia percaya...
BUKAN SENANG  NAK CARI KAWAN YANG BOLEH DIPANGGIL SAHABAT...
sangat mengecewakan.....


kepada arwah,,,, aye masih memerlukan kamu.... walaupun yang ade bayang2 kamu...cukuplah untuk berkongsi ape yang sedang aye rasekan sekarang....








Isnin, 12 September 2011

ALALA SEDAPNYE

 bekpes 

+
 =
=

bile kite x sihat..
ni satu makanan wajib perlu ade
nyum nyum...sepatutnye kite makan dengan roti bakar

roti + majerin +(tumbuk bawang putih seulas) + serbuk oregano
(gaulkan bahan diatas)
sapu pada roti dan bakar

nanti cube u oll terai mesti sedap punye
walaupun kite makan tanpa rase
sebab tekak ni dah kehilangan deria rase seketike
jadik makan ape pun sedap jerk 
kik..kik..kik..
itu pun mak uu yang ajar kite buat bende alah tu
ingat susah sesangat rupenye senang bebenor
heeheehee


n