Rabu, 16 Januari 2013

HARI HARI TERUS BERLALU

saban hariku mencarimu

semalam ku mengenangmu

marah resah gelisah

menjadi satu….

 

arghhh marahnye haku hari ni..

grrrr sob..sob sob,,

Selasa, 18 Disember 2012

ALLAH BERI KITA REZEKI

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku“.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?
Jawab semut:”Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan“.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:”Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah“.
Jawab semut:”Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan 

rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa“.

Isnin, 17 Disember 2012

M.E.L.A.N.G.K.A.H


Assalamualaikum w.b.t

"LEBIH BAIK DIAM , DARIPADA BERKATA-KATA DAN TERUSKAN LANGKAH"

Pejam celik , pejam celik kite dah berada di penghujung tahun 2012. Bila difikirkan semula..apa yang berlaku sepangjang tahun ni , tiada yang masuk dalam fikiran aku pada tahun lepas.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya.

Aku bersyukur sebab aku masih diberikan ruang oleh Allah untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Walaupun sepanjang tahun ini , aku banyak bermain dengan emosi dan dugaan hidup yang di luar jangkaan aku. Aku tak pasti samada aku mampu teruskan sehingga tahun-tahun akan datang. Aku akui , selagi Allah uji kita bermakna Allah sayang pada kita. Biarlah ujian ini semua membuatkan aku matang dalam meneruskan kehidupan akan datang.

In shaa Allah... aku akan menamatkan zaman anak dara ku sekitar tahun 2013 akan datang.... Aku harap sangat perkara2 yang lepas tidak akan menganggu atau menghantui semula dalam hidup aku selepas ni, Aku manusia biasa... kadang2 lemah nak tanggung saki baki perasaan yang marah benci dendam dengan orang. Tapi nak buat mcm mana kan.. di mata orang aku selalu salah... apa yang aku nak , apa yang aku harap semuanya di salah ertikan.. harapnye yang terbaik saja untuk masa2 akan datang. 

Kepada dia , terima kasih banyak-banyak sebab terima aku sehingga sekarang dari 2007 hingga sekarang banyak sangat moment yang wujud antara kita dan orang2 di sekeliling kita. Untuk melangkah setapak lagi ke alam perkahwinan , aku mohon bantu aku untuk jadi yang terbaik.

Aku juga berharap sangat2 agar tahun akan datang muncul perkara2 indah.... dan bukan peristiwa pahit untuk aku lalui.... sekali lagi.... kita hanya mampu rancang namun semuanya ditentukan oleh yang Maha Berkuasa.

.............

Dari segi kerjaya , nampaknya aku jerumuskan diri aku dalam bidang guaman. Rasa macam tak percaya pun ada... tapi itulah hakikatnya.... Harap kerjaya ni membantu aku untuk lebih bersikap profesional dan mampu membina jati diri yang kuat dalam diri aku.

dulu bolehla orang2 tengok perwatakan aku yang naif gitu... tapi sekarang.. naif2 aku... jiwa aku kental tau.. hehehe Boss aku selalu cakap dan pesan pada aku ..

"Mira kita sebagai manusia jangan biar orang buat kita macam orang bodoh . Pertahankan diri jangan sampai orang pijak kepala kita . semuanya melibatkan maruah."

FIGHT FOR YOUR RIGHT MIRA ~!!

ayat tu la yang selalu bigg boss aku selalu keluarkan dalam mulut dia.... memang betul pun kan..kalau di fikirkan semula , sape lagi nak bantu kita, melainkan kite sendiri yang bertindak.

Harapnya aku akan terus kekal disini...dan menimba sebanyak mana ilmu yang boleh aku perolehi.

En. Razak & Kak Ima... thanks sebab banyak curah ilmu pada saya... - sangat hargai kalian.

Ok la... nak sambung keje...sampai sini dulu..
teruskan hidup dengan kekuatan mental dan fiizikal
dunia berputar pada paksinya , berlakulah malam dan siang
begitulah juga berlakunya
kadang2 kita berada di atas & kadang2 kita berada di bawah...
stabilkan diri untuk tempuh ujian yang mendatang,

love u all

wassalam.

Isnin, 3 Disember 2012

S.A.B.A.R


KESABARAN ADALAH BUNGA YANG TIDAK TUMBUH DISEMUA KEBUN

bukan mudah membina kesabaran itu

...............................

kesabaran dan tawakal adalah minyak pelincir bagi roda kehidupan.




LAGENDA BUDAK SETAN 2 (KATERINA)


malam tadi bersamaan 3 Nov 2012 jam 10.40pm haku dah abah pegik la menonton cite tersebut...
Secara keseluruhanya.. seronok la jugak tapi disebabkan haku ni bukan la peminat si Maya Karin tu yang x berapa nak best tu yuhuuuu...
Tapi kan bile tengok trailer LAGENDA BUDAK SETAN 3 (KASYAH) rasa macam best jerk....
yippaa yippaa nak tengok nak tengok..

Oh Fazura kenape la kau x nak berlakon mengantkkan semula Maya Karin ni.. x syiokkk dah tau

.
.
.

CINTA ITU ADALAH HAK MILIK SETIAP INSANE =)

La Tahzan, Allah Bersama Mu :)




Rabu, 28 November 2012

SEJUK SEJAN PART 2


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah semalam aku berjaya pulang dengan selamatnya.
Terdetik dalam hati mana la tau dia nak simbah muka aku dengan asid ke ape ke..
Astagfirullahalazim... minta di jauhkan.



Apa yang aku fikir.... kita sebagai manusia memang tidak akan lepas dari melakukan kesilapan
Waima kesilapan yang kita lakukan itu kecil atau besar.. sedikit sebanyak mempengaruhi seluruh kehidupan kita.

Aku bermohon agar aku dan mereka2 tersebut mencari iktibar atas perkara yang berlaku.
Semua ujian ini datangnya dari Dia... dan Dia memberi ujian pada hambaNya yang mampu mengatasi ujian tersebut,

Sekian . terima kasih

lain kali jumpe lagik

SEJUK SEJAN PART 1


Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman baru hari ni.... rasa sejuk sejan tangan haku disaat ini mengalahkan suhu -1 darjah celcius hehe..
Selama 8 bulan aku mula bekerja di firma guaman.. ini lah kali pertama perasaan ketakutan muncul dalam kamus hidup aku. Bukan kerana kesilapan di pihak firma guaman aku , tetapi kerana seorang perempuan yang pernah menjadi rakan kongsi firma ini membuat kan nama firma guaman aku busuk di mata orang.

Perempuan yang suka mengambil duit pendahuluan klien kemudian menghilangkan diri tanpa khabar berita. Bila mana firma guaman aku telah mengambil alih semua fail dia... dengan mendahulukan berbelas ribu ringgit untuk meneruskan proses penyelesaian kes bagi pihak perempuan itu...... tanpa sebarang kos servis. Tiba-tiba hari ni perempuan tu datang dari jam 10.30pg hingga sekarang terpacak kat depan pagar pintu masuk ofis haku ni bersama kawannya memekak untuk mengambil failnya semula.......

Kebetulan lawyer2 semua takde pegi jumpe klien la Mahkamah la.... maka aku la bersemuka dengan mereka berdua yg mcm "opan" dah.... huhuhu Bila dah tade duit baru terkedek-kedek cari fail... sori to say la yo... ko peguam ke ape ke.... pada mata aku kau dah mcm bukan lawyer   malahan udah rupe lawyer buyuk je kikikik.... Kau menjerit la mcm mana sekali pun haku tak izinkan korang masuk firma ini tanpa kebenaran bos haku.... huhuhu ~~~~

Atau aku boleh saman kau menceroboh permis tempat haku mencari rejeki ini kikikik atas alasan memeras ungut aku untuk mengembalikan fail kau? 

Ade ke patut kau suruh aku keluarkan semua fail letak depan kau untuk kau semak satu-satu yang mana satu fail kau.??? eh aku bukan kerja dengan kau la... bukan kau bayar gaji haku pun...maka dengan itu tak kuasa aku nak buat kerja tu untuk kau .... soriii la yooo.... den tak larat huahua..


Oklah setakat ini dulu.. kau nak tercongok kat depan tu tercongok la.... aku sejuk je dalam aircond ni huhuhu ~~~ 

esokla haku sambung entry ni .... sebab diorang masih bermaustatin depan pagar ofis aku huhuhu


wassalam...

Khamis, 18 Oktober 2012


minggu depan nak balik kampung dah sempena raya haji.. tak sabar rasanya... nak layan kerenah ayah yang gogo lucky tu.. even dia sakit pun... aku tak rasa dia mcm sakit pun... tak kisah la ayah cakap english ke jawa ke... yang penting tak rasa jemu menjaganya. ingat nak mintak cuti lagi seminggu hahaha... takdapat gaji takpe.. dapat pahala pun boleyyy hehehehe... eh ok la sempat plak aku update ntah ape2... meowww my goodself : miraminggu depan nak balik kampung dah sempena raya haji.. tak sabar rasanya... nak layan kerenah ayah yang gogo lucky tu.. even dia sakit pun... aku tak rasa dia mcm sakit pun... tak kisah la ayah cakap english ke jawa ke... yang penting tak rasa jemu menjaganya. ingat nak mintak cuti lagi seminggu hahaha... takdapat gaji takpe.. dapat pahala pun boleyyy hehehehe... eh ok la sempat plak aku update ntah ape2... meowww my goodself : mira

SALAH AKU KAH ?


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t

Entah tak tahu nak mulakan dari mana tapi kebelakangan ni rasa sedih sangat sebab bila datang ke tempat aku mencari rezeki ni ade je yang cuba cari salah aku...
Rasanya masalah itu bukan datang dari aku pun...
Kalau aku salah sekalipun rasanya tak perlu nak tinggi suara pada aku..sedih kot..

ntah la makin lama makin tawar hati... 
kerja so far okey je tapi waduhhh bermain dengan perasaan jugak kat sini
Tak la teruk mana cuma sekali sekala kene macam ni rasa macam fedup pun ada...
aku bukan la dalam line undang2 ni.. maka dengan itu ajar didik la aku mana yang patut
ni main sergah je...

harap aku ni makin kental la jiwa dan raga
untuk hadapi semua ni.... tapi diorang sebenarnye baik2 je atau mungkin jugak aku je yang berperasaan sedemikian entah lah wallahualam..

apepun i miss my daddy right now ~~~ 

sekiannn








Isnin, 15 Oktober 2012

KLCC - PETROSAINS





alhamdulillah dapat juge aku menjejakkan lagi kaki aku ke tempat ni hehehe
ate nye asyik tengok wayang je kan haaa.. sekali sekale penuhkan otak dengan sains aktiviti pun best jugak 

terima kasih tidak terhingga pada en. future husband sebab penuhkan kemengidaman aku untuk kesana 


masuk lepas zohor dalam pukul 2 gitu sekali keluar mak aiii dah nak pukul 6 kot....
eksceli kan dalam tu semua same je rasanye kot last aku masuk situ mase tahun 6 hahaha
sekali pergi sama je rasanye....

lain kali haku nak bawak bekal sandwich mak sini hehehe patutnye ade kafe ke... ape ke... lapaq jugak dok berejam dalam tu... haaaaa apepun puas hati la jugak kan.... lepas ni nak pegik kidzania la pulok boleh.?? lepas tu berbasikal kat bukit cerakah aishhhh aktiviti sihat la pulakkk kannn baru aummm hapuskan lomak2 di badan ni haaa 

aummm chak~~!!! haku nak cocok lubang hidong dinosur ni hehehe ~~~
siap dinosur ni nyanyi lagu k-pop lagik kikiki


ok la sampai sini dulu yek sebab nye haku saje mengisi masa busy aku ni haaa
kerja banyak tapi saje nak membanyakkan lagi dengan update entri ntah ape2 ni
kot tak update karang merajuk pulok belog haku ni haaa heheheh

kepada en.https://www.facebook.com/pak.tam.549 terima kasih daun keladi lepas ni bawak jenjalan lagik 

lebiu ~~~ <3 p="p">














Selasa, 10 Julai 2012

OH FEEL ~~ !

Foto: 1-Jodoh Dari Syaitan : kmu brdua brknaln,brpgangan tgn,dan trus buat maksiat, akhrnye,wnita itu mngndung bru kmu mnikah.

2-Jodoh Dari Jin : kmu b'dua b'knaln,kmu sukakn dy, tp dy x sukakn kmu, kmu bomohkn dan sihirkn agr dy sukakn kmu dan kmu b'dua mnikah.

3-Jodoh Dari Allah : kmu b'dua b'pndngan mata trus menusuk ke kalbu, kmu trus mminang dy dan dy trma pinangan kmu dan kmu b'dua mnikah. Insya-Allah, b'kkalan hngga ke akhir hayat dan itu la dikatakn Syurga Cinta. ^_^


Semoga Allah kuatkan hati aku dan lindungi aku dari sifat putus asa.
hari - hari berlalu kan jadi saksinya..
bukan mudah untuk melangkah ke step seterusnya 
banyak halangan dan dugaan yang perlu di lalui
bagus juga rasainya sekarang... boleh belajar dari kegagalan dan kesilapan

hidup kita x selalunya indah &  bahagia...
kadang2 bila dugaan itu dtg membuatkan kita rasa sangat kuat utk tepis semua tu
tapi betul kadang2 lebih baik diam dari bersuara
dan itu yg terbaik

aku cuba ubah untuk menjadi lebih baik di masa akan datang
kahwin ni bukan perkara sehari dua tapi seumur hidup
banyak halangan dan dugaan bukan menyebabkan kita x bahagia
cuma itu semua dugaan dari Allah

maka dengan itu aku harus belajar lebih tabah dan kuat
serta jangan bersangka buruk dengan orang lain serta buang sifat dendam 
dan gantikan dengan sifat kemaafan

doakan aku mampu bahagia dan melangkah setapak lagi ke hadapan

Isnin, 9 Julai 2012

KADANG2 KITE RASA KUAT KADANG2 KITA RASA LEMAH


kdg2 kita rasa diri kite ni kuat la sangat
walhal.... lemah sesangat huk..hukk..hukk..

penat nak layan semua ni 
~~~~~~~~
itulah ini lah
nak let goooo jauh2 la masalah ni
sape nak beli?? huk..hukk

sekarang ni asal pukul 4.00 petang jee 
aku memerlukan

P.A.N.A.D.O.L


sakit kepala memikirkan satu hal satu hal 
lama2 jadi ber hal-hal
muntah pelangi aku dibuatnye

malas nak fikir dah
kalau ade... ade la 
say what.?? alhamdulillah
kalau takde biar la....
biar semua puas hati
tak mau dah saketkan hati sesiapa
aku ni jahat...
mulut jahat
dah memang jahat pun...
x sesuai untuk sesiapa pun 
hahaha

- manusia boleh berubah kalau di beri peluang -

beto khusyairi


Selasa, 26 Jun 2012

KERANA AKU WANITA


kerana aku wanita
pandangan adam terus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrahku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

dan kerana aku wanita jugalah
air mata menjadi peneman setiaku

Isnin, 25 Jun 2012

MiG Online - Trailer Hanya Aku Cinta Kau Seorang



Dengar OST - nye pun dah membuatkan aku terpanggil untuk menontonnye,,,~~
maybe kalau jadi malam ni nak pegi tengok ~~ kot jadi la kan kan...
sekali sekala layan cerita mcm ni kat movie tak salah kot <3 bertukar selera...


sekarang ni pun mood x brape nak stabil .. so layankan je la kan kan..
kot best ok la.. kot tak best... pure2 best kikikikik


" hanya aku cinta kau seorang "

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati, 
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi......

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri, 
Malam ku tanpa mimpi.......

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,

Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan..

Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu....



Rabu, 20 Jun 2012

I LOVE YOU SO

Assalamualaikum semua =)...


Biar apa pun rasa dalam hati kita.. yakinlah bahawa..kita memiliki Dia , yang sentiasa bersama kita...



O Allah! I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties 
And stand firm against all the odds
You are the One
Who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong


Ahad, 13 Mei 2012

JIWA KOSONG



Aku akan cuba dan berusaha melupakan apa jua perkara yang telah membuatkan
Hati aku ni jadi tak stabil... dlm menghadapi hari2 akan datang...
Ye manusia sentiasa melakukan kesilapan.. baik dia atau aku....
Namun.. aku harus belajar memaafkan dan melupakan..walaupun hakikatnya
Sakit di hati Tuhan je yang tahu...
I understand that nobody is perfect
But please do not repeat past mistakes... takut nanti hati yang terluka ini akan bernanah...
Bila dah bernanah.. aku tak pasti .. boleh teruskan atau tidak,
Jujurlah selagi mampu memiliki sifat demikian...
Jangan sakiti hati org yang kita sayang...
Takut nanti menyesal dikemudian hari... hidup ni tak lama
Gunakan apa aja masa yang ada itu dapat hasil yang baik....
Baik dalam pehubungan..kerjaya...sahabat...dan sebagainya....
Aku sendiri banyak lakukan kesilapan...yang kadang2 aku tak perasan
Seperti yang aku janjikan pada dia.....
Cuba selesaikan dengan cara sendiri....tanpa melibatkan org lain
Dan tidak akan minta noktah....
Harap aku mampu lakukan..selagi dia mampu jujur....
Jujur ..setia..kepercayaan...berani..ikhlas...semua tu penting...
Harap dapat jadi yang terbaik....